Khamis, 12 Februari 2009

Jom Belajar Ulumul Hadis...

0 comments

Pengertian Hadis
- Perkataan, percakapan, perbuatan, takrir, atau sifat yang disandarkan kepada Nabi Muhammad

Istilah yang berkaitan dgn hadis:
1. As-Sunnah
2. Al-Khabar

3. Al- Athru


Tujuan belajar Ulum Hadis
:
1. utk nilai hadis sama ada pada sanad @ matan

2. utk faham hadis
3. utk tahu cara ulama' menilai hadis
4. utk menolak tuduhan orientalis @ golongan anti hadis

5. utk tahu unsur2 'israilliat' dalam pentafsiran Al-Quran



Hadis merupakan
SUMBER PERUNDANGAN KEDUA dalam Islam
Firman Allah dalam surah Al-Hasyr ayat 7


ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ

Mafhumnya: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).

Firman Allah SWT lagi dalam Surah An-Nisa' ayat 59


ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ ﯻ ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ ﰀ ﰁ ﰂ ﰃ ﰄ ﰅ ﰆ ﰇ ﰈ ﰉ ﰊ ﰋ ﰌ ﰍ ﰎ ﰏ ﰐ ﰑ ﰒ


Mafhumnya: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Fungsi Hadis
1. Untuk kukuhkan hukum yang ditentukan oleh Al-Quran

ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ
Mafhumnya: Jauhilah perkataan dusta...
(Surah Al-Haj:30)

Nabi Muhammad pernah bersabda:

Maksudnya: Telah bersabda Rasulullah SAW " Perhatikanlah! Aku akan memberitahumu tentang sebesar2 dosa, kami menyahut: Baiklah Rasulullah SAW, baginda meneruskan sabdanya: Syirik kepada Allah, menyakiti kedua ibu bapa. Ketika itu Baginda bersandar lalu baginda duduk dan terus bersabda lagi: Awasilah penyaksian dusta..."

2. Utk menafsir ayat2 yang mujmal

ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ

Mafhumnya: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkan zakat dan rukuklah kamu semua( berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk
(Surah Al-Baqarah:4)


Nabi pernah bersabda:

Maksudnya: Daripada Abu Qalabah berkata, Malik bercerita kepada kami bahawa kami telah datang kepada Nabi Muhammad SAW :...Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat..."

3. Mentaqdid ayat Al-Quran yang mutlak

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ
Mafhumnya: Diharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah dan daging khinzir

(Surah Al-Maidaah: 3)

Kemudian hadis Baginda mentaqdid bentuk bangkai dan darah

Maksudnya: daripada Abdullah bin Umar sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda " Dihalalkan kepada kamu dua jenis bangkai dan dua jenis darah, maka ada pun dua jenis bangkai ialah ikan dan belalang dan dua jenis darah ialah hati dan limpa"

4. Mentakhsiskan ayat yang umum

6. Menetapkan hukum yang tiada dalam Al-Quran


Hadis Nabawi, Qudsi dan Al-Quran

Hadis nabawi
Perkataan, perbuatan, takrir dan sifat yang disandarkan kepada nabi Muhammad SAW

Hadis Qudsi
Sesuatu yang dikhabarkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui ilham atau mimpi kemudian baginda menyampaikan dengan perkataan baginda sendiri

Al-Quran
Kalam Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW melalui Jibril A.S dalam Bahasa Arab secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah bermula dari Surah Al-Fatihah dan berakhir dgn Surah An-Nas


Sumber: Buku Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah Tingkatan 4



Rabu, 11 Februari 2009

Kenapa Para Rasul Diutuskan Allah SWT, hah?

0 comments
Kenapa Allah utus Rasul untuk berdakwah kat kita, hah?
Sini ana akan huraikan sedikit sebanyak yang ana tahu...

1) Allah SWT utus Rasul untuk ajar manusia mengenali Tuhan yang Menciptakan mereka serta menyeru mereka menyembah-Nya....

Firman Allah dalam surah Al-Anbiyaa' ayat ke 25

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ


Mafhumnya: Dan kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami mewahyukan kepadanya:" Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan(yang berhak disembah) melainkan Aku: oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu."

2) Allah SWT utus Rasul untuk memberitahu manusia yang sesungguhnya mereka dicipta bukan sia2 tetapi ada tujuannya...

Firman Allah dalam surah Al-Mukminun ayat 115 dan 116...

ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ

Mafhumnya:"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.


3) Allah SWT mengutuskan rasul untuk menyelamatkan manusia daripada perselisihan dalam perkara asas kehidupan mereka, dan menunjukkan mereka kebenaran seperti yang dikehendaki Pencipta...
Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 64...


ﰀ ﰁ ﰂ ﰃ ﰄ ﰅ ﰆ ﰇ ﰈ ﰉ ﰊ ﰋ ﰌ ﰍ ﰎ ﰏ

Mafhumnya: Dan tiadalah Kami menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya; dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.


4) Allah SWT mengutus para Rasul untuk menegakkan agama Islam dan memeliharanya. Termasuklah melarang perpecahan dalam agama serta melaksanakan hukum berdasarkan wahyuNya.

Firman Allah dalam surah asy-Syura ayat 13

ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ

Mafhumnya: Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).


Firman Allah SWT lagi dalam surah An-Nisaa ayat 105

ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ

Mafhumnya: Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.

5) Allah SWT mengutuskan Rasul untuk menyampaikan berita gembira tentang nikmat yang berkekalan yang disediakan buat Mukmin sebagai balasan terhadap ketaatan mereka.
Begitu juga memberi amaran tentang azab pedih bagi orang2 Kafir sebagai balasan kepada kekufuran mereka

Firman Allah SWT dalamsurah An-Nisaa' ayat 165


ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ

Mafhumnya:Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


6) Allah juga mengutuskan Rasul pada kita untuk menjadi contoh teladan terbaik bagi manusia dalam mencapai cara hidup yang lurus, akhlak yang mulia, ibadat yang betul dan supaya sentiasa mengikut petunjuk Allah SWT

Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 21

ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ ﯻ ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ ﰀ

Mafhumnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

semoga ilmu yang sedikit ini dapat kita manfaatkan bersama. Wallahua'lam.



Dipetik dari BUKU KITAB TAUHID DIPERAKUI OLEH FAKTA SAINS
karya ABDUL MAJID AZIZ AZ-ZINDANI











Selasa, 10 Februari 2009

Doa Iftitah dalam solat

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim....

Sesungguhnya Nabi Muhammad pernah bersabda...


"Dari Ibnu Umar R.A katanya: Ketika kami sedang solat bersama2 Rasulullah S.A.W, tiba-tiba ada seorang lelaki dalam jamaah yang membaca: "Allahuakbarkabira walhamdulillahikathira wa subhanaAllahibukratauwwa ashila.". Maka bertanya Rasulullah S.A.W, "Siapa yang mambaca kalimat tadi?" Jawab lelaki itu, "Aku ya, Rasulullah!" Sabda Nabi:" Aku kagum terhadap kalimat itu; kerananya dibukakan segala pintu langit." Kata Ibnu Umar,"Aku tidak pernah lupa membacanya sejak kudengar Rasulullah S.A.W membacanya."

(Riwayat Muslim)


Jadi cuba kita hayati maksud doa iftitah itu sendiri:




Maksudnya: Segala Kebasaran dan Kepujian adalah untuk Allah sebanyak-banyaknya. Maha Suci Allah setiap pagi dan Petang. Aku menghadap mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan Bumi dengan keadaan tunduk dan menyerah diri dan bukanlah aku tergolong dalam golongan musyrikin. Sesungguhnya solatku, dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan Semesta Alam. Tiada sekutu bagiNya dan dengan itu aku rela diperintah dan aku tergolong dalam golongan muslimin

Semoga kita akan dapat hayati kalimah-kalimah ini dan dapat pula dipraktikkan ketika dalam solat kita...Wallahua'lam...



Isnin, 9 Februari 2009

Novel Sejarah Islami menggamit rasa....

0 comments
Saasatul Ibaad karya Faisal Tehrani

Bismillahirrahmanirrahim.....

Semalam telah menyaksikan ana menaiki KTM Komuter ke Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi. Perjalanan ana telah memakan masa hampir 3 jam. Tepat pada pukul 12 tengah hari ana sampai di KL Sentral. Ana mengambil pula tren rapid KL ke Kampung Baru, menghala ke rumah sewa yang disewa oleh ibu dan ayah ana. Then, kat situ ana tunggu sahabat ana yang tinggal di rumah kakaknya berhampiran dgn Taman Melati.

Kemudian ana dan kawan ana bergerak ke KLCC. Tak jauh pun, satu stesen je... murah pn murah RM1 sahaja. Pastu kitaorang pn solat di situ. Next, kami sama-sama melangkah ke Kinokuniya yang terletak di tingkat 4.
Erm... besar jugak bookstore dia yerk! Ana pun mencari buku yang menarik. Tetiba terjumpa buku karya Faisal Tehrani yang bertajuk "Saasatul Ibaad". Nampak menarik jee. Ape lagi... sambar je laa. Tapi sebenarnya, banyak lagi buku yang tak habis dibaca. Sekarang ana tengah menghabiskan novel karya Abdul Latip Talib yang berjudul
" Salahudin Ayubi, Penakluk Jurusalem". Menarik. Ana suka gak buku2 yang menceritakan tokoh2 ni. Terasa kagum. Hoho. Kadang2 rasa diri ana ni jahat kalau nak dibandingkan ngan pejuang2 Islam suatu masa dulu....



Novel yang kini sedang dikunyah dalam minda, dicerna dalam hati

Ana dah habiskan buku karya Abdul Latip, "Sultan Muhammad Fateh, Penakluk Konstantinople" . Tiba2 terasa kerdil bila baca sirah Sultan tu. Mana idaknya, Sultan Muhammad Fateh tidak pernah meninggalkan solat sunat Rawatib dan Solat Tahajud selepas baginda baligh. Terasa kerdil laa plak diri ana ni. Penaklukan baginda juga telah diramal oleh ulama' terkenal di zaman tu yang bernama Syeikh Shamsuddin Al-Wali. Ulama tu pernah berkata kepada ayahanda Sultan Muhammad yang bernama Sultan Murad,

" Wahai Sultan Murad, bukan Tuanku yang membebaskan kota Konstantinople, tetapi anak dalam buaian itu(Sultan Muhammad)".

Bagi ana perjuangan Sultan Muhammad Fateh patutnya diambil iktibar bagi golongan belia dan remaja Islam termasuklah diri ana sendiri. Hal ini kerana, Nabi Muhammad SAW yang sangat kita hormati dan sangat kita cintai pernah bersabda yang bermaksud,


"Kota Konstantinople hanya akan jatuh ke tangan pemerintah yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik"



Kalau kita mendalami sejarah, ternyata usaha menakluk Kota Konstantinople ini telah dilakukan oleh umat Islam semenjak zaman pemerintahan Saidina Ali Karamallahuwajhah namun tidak pernah berjaya. Usaha ini diteruskan lagi oleh pemerintah2 di zaman Bani Ummayyah dan Bani Abbasiyyah tapi tetap gagal. Sehinggalah muncul Sultan Muhammad Fateh yang memberi sinar baru kepada umat Islam pada ketika itu.


Kalau dirujuk semula kata seorang Ahli Sejarah Byzantine yang pernah mengatakan,

" Tidaklah pernah kami melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad Al-Fateh dengan usahanya telah mengatasi Alexander The Great!"

Ana apabila terbaca ayat-ayat ini sekelip mata terasa bangga dengan pencapaian umat Islam suatu masa dahulu yang dipenuhi dengan semangat jihad yang tinggi. Ana berharap supaya umat Islam di zaman ini juga mampu melakukan perkara yang sama. Bagi remaja2 di luar sana, ana mencadangkan kalian supaya membaca novel sejarah Islam ini. Semoga kemenangan umat Islam sepertimana yang ditulis oleh Faisal Tehrani dalam karyanya Kombat 1511h akan dapat kita kecapi. Salam jihad fisabillah buat saudara seIslamku...




Sabtu, 7 Februari 2009

Mujahadah dan Rukun-rukunnya

0 comments
Tarbiah atau pendidikan merupakan elemen penting di dalam membentuk personaliti muslim yang solid dengan tuntutan-tuntutan yang dikehendaki oleh Islam. Malah, Rasulullah SAW juga menitik beratkan soal pentarbiahan diri dan ianya menjadi ikutan para Salafunas soleh yang menilai kekuatan ketenteraan dengan kekuatan dan keintiman hubungan para tentera dengan Allah SWT di samping persenjataan yang kuat dan hebat. Nabi SAW mendidik jiwa dengan melakukan qiamullail di sepertiga malam malah baginda juga cukup menjaga perkara-perkara 'nawafil' (sunat). Jika difikirkan secara logik, apakah perlu seorang nabi yang telah dijanjikan dan dijamin akan dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga-Nya untuk melakukan amal ibadat yang banyak? Kondisi yang disebutkan di atas menunjukkan baginda SAW menjiwai soal kehambaan dan konsep kehambaan yang dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran;



وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنْسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُوْنَ

Maksudnya: Tidaklah aku menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadat (menyembah) kepada Allah SWT { Az-Zaariyaat: 56 }
Untuk entri kali ini, sukalah ana untuk membincangkan sedikit sebanyak tentang pentarbiahan jiwa yang kebanyakannya ana naqalkan daripada kitab تَرْبِيَتُنَا اَلرُّحِيَّةِ (Pendidikan Rohani) yang dikarang oleh seorang ulama' gerakan yang disegani dan banyak menulis dan membicarakan tentang persoalan tarbiah dan pendidikan jiwa iaitu Syeikh Said Hawa Rahimahullah. Diruangan tarbiah kali ini ana akan menulis tentang konsep Mujahadan dan Rukun-rukunnya. Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran;



وَالَّذِيْنَ جَاهَدُوْا فِيْنَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا

Maksudnya: Dan orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang Yang berusaha membaiki amalannya. { Al-Ankabuut: 69 }
Daripada ayat di atas dapatlah diketahui hidayah itu merupakan kesan dan hasil mujahadah yang dilakukan. Malah Syeikh Said Hawa menyatakan mujahadah dan hidayah itu tidak dapat dikecapi melainkan dengan taufik (keizinan) dan bantuan daripada Allah sepertimana yang disebut di dalam surah Al-Fatihah;

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنَ

Maksudnya: Engkau sahajalah yang kami sembah dan kepada Engkau sahajalah kami memohon pertolongan. { Al-Fatihah: 5 }
Malah mujahadah juga merupakan wasilah untuk menikmati hidayah dan hidayah itu merupakan asas taqwa sepertimana yang dijelaskan oleh Allah 'Azza Wa Jalla;

وَالَّذِيْنَ اهْتَدُوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآتَاهُمْ تَقْوَاهُمْ

Maksudnya: Dan (sebaliknya) orang-orang Yang menerima petunjuk (ke jalan Yang benar), Allah menambahi mereka Dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa. { Muhammad: 17 }
Di dalam perbincangan tentang mujahadah ini Syeikh Said Hawa Rahimahullah meletakkan beberapa tingkatan sebagai pra-syarat untuk mencapai konsep mujahadah.

Peringkat pertama:• Keimanan yang tinggi kepada Allah dan rasul-Nya. Seandainya perkara ini tidak direalisasikan di dalam kehidupan seorang muslim, maka ia tidak mampu untuk mencapai tahap mujahadah kerana ianya merupakan perkara pokok di dalam agama. Malah di dalam kehidupan seorang daie, Syeikh Jum'ah Amin di dalam kitabnya أُصُوْلُ الدَّعْوَةِ meletakkan الإِْيْمَانُ الْوَثِيْقِ (keimanan yang jitu) sebagai syarat utama untuk melayakkan diri menjadi daie yang berjaya dan berkesan. Allah Taala berfirman;

وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللهِ يَهْدِ قَلْبَهُ

Maksudnya: Dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar).
Peringkat kedua:Menjaga perkara-perkara yang berkaitan dengan solat-solat yang fardhu dan mendirikannya pada awal waktunya, berpuasa di bulan Ramadhan, mengerjakan zakat apabila cukup haul, mengerjakan haji di baitil haram sekiranya sudah berkemampuan dan mendirikan rumahtangga seandainya pernikahan itu dapat menahan diri daripada melakukan zina dan maksiat kepada Allah SWT

إَنَّ الصَّلاَةَ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ كِتَابًا مَّوْقُوْتًا

Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. { An-Nisa': 103 }


Nabi SAW apabila ditanyakan tentang apakah amalan yang paling afdhal (utama) di dalam Islam? Maka baginda SAW menjawab; اَلصَّلاَةُ عَلَى وَقْتِهَا (menunaikan sembahyang di awal waktu (pada waktunya).

Peringkat Ketiga:Sentiasa melazimi perkara-perkara yang sunat di dalam ibadat seperti solat dan puasa sunat, qiamullail, iktikaf dan membaca al-quran.وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُوْدًاMaksudnya: Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. { Al-Israa': 79 }

عَنْ عَائِشَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهَ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْمُ مِنَ اللَّيْلِ حَتَّى تَتَفَطَّرَ قَدَمَاهُ، فَقُلْتُ لَهُ: لِمَ تَصْنَعُ هَذَا يَا رَسُوْلَ اللهِ وَقَدْ غُفِرَ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ؟ قَالَ: (( أَفَلاَ أَكُوْنُ عَبْدًا شَكُوْرًا)) مُتَّفَقٌ عَلَيْه
Maksudnya: Daripada Aisyah Radhiallahu 'Anha berkata; bahawasanya Nabi SAW mengerjakan sembahyang disepertiga malam (bertahajjud) sehingga bengkak kakinya, maka aku pun berkata kepada baginda; " Mengapa engkau melakukan begini wahai Rasulallah, sedangkan engkau telah diampunkan segala dosa yang terdahulu dan akan dating? Maka nabi SAW bersabda; " Bukankah aku orang paling bersyukur dikalangan manusia?. Muttafaqun 'Alaih.

Peringkat keempat yang juga dinamakan sebagai rukun mujahadah:Apabila berbicara tentang rukun mujahadah, kita tidak dapat lari daripada menyatakan empat perkara ini




  • ;العُزْلَةُ ( Beruzlah)


  • الصًّمْتُ ( Senyap )


  • السَّهَرُ ( Berjaga malam


  • الجُْوْع( Berlapar )

1.Beruzlah atau menyendiri.Asasnya, bukanlah menjauhkan diri daripada kelompok manusia atau kaum muslimin itu merupakan perkara utama di dalam kehidupan seorang muslim, bahkan pergaulan yang baik, hidup bermasyarakat yang baik dan bersama-sama dengan kelompok yang melakukan perkara yang baik adalah amat dianjurkan oleh Islam bertepatan dengan hadith nabi SAW yang berbunyi;


المُؤْمِنُ الَّذِى يُخَالِطُ النَّاسُ وَيَصْبِرُ عَلَى آذَاهُمْ خَيْرٌ مِنَ الَّذِى لاَ يُخَالِطُ النَّاسُ وَلاَ يَصْبِرُ عَلَى آذَاهُمْ
Maksudnya: Seorang mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar dengan kerenah dan perangai mereka lebih baik daripada seorang mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar dengan kerenah dan perangai mereka. { Riwayat Imam Ahmad }


يَدُ اللهِ مَعَ الْجَمَاعَةِ وَمَنْ شَذَّ شَذَّ فِى النَّارِ

Maksudnya: Tangan Allah ( pertolongan dan bantuan ) sentiasa bersama dengan jamaah, barangsiapa yang bersendirian dan lari daripada jamaah maka bersendirianlah ia di dalam neraka. { Riwayat Imam Ahmad }


Syeikh Said Hawa menyatakan lagi di dalam kitabnya, tidak dinamakan dengan beruzlah seandainya menyendiri daripada kebaikan dan golongan yang melakukan tetapi yang dinamakan uzlah itu adalah lari daripada kesesatan dan orang-orang yang menyesatkan.Namun begitu, Islam tidak melarang ummatnya unttuk beruzlah sepertimana yang dilakukan oleh nabi SAW di gua Hira'. Kebanyakan umat Islam tersilap di dalam memahami konsep uzlah yang terdapat di dalam Islam dengan mengambil keputusan untuk lari daripada kesibukan dunia dan terus duduk berteleku hanya beribadat kepada Allah SWT dan hanya mementingkan diri sendiri. Allah SWT berfirman di dalam al-quran;


وَابْتَغِ فِيْمَا آتَاكَ اللهُ الدَّارَ الأَخِرَةَ وَلاَ تَنْسَ نَصِيْبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللهُ إِلَيْكَ وَلاَ تَبْغِ الْفَسَادَ فِى الأَرْضِ إَنَّ اللهَ لاَ يُحَبُّ الْمُفْسِدِيْْنَ
Maksudnya: Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan. { Al-Qashash: 77 }'

Uzlah adalah bertujuan untuk bersendiri dan memikirkan kesilapan yang dilakukan dan memikirkan cara-cara untuk mengubati penyakit-penyakit yang tedapat di dalam diri dan masyarakat.

2. SENYAP Islam tidak melarang umatnya untuk berbicara kerana ianya merupakan fitrah semulajadi manusia dan diantara motif Allah menciptakan lidah itu adalah untuk berkata-kata. Senyap yang di anjurkan oleh Islam ini adalah tidak berkata-kata kecuali pada perkara-perkara yang boleh memberi manfaat kepada diri dan orang lain. Kebanyakan manusia pada hari ini hanya membuang masa dengan bercerita dan bercakap tentang perkara-perkara yang sia-sia. Malah, anak muda di zaman ini tidak segan silu untuk berbicara tentang seks dikhalayak ramai dan menganggap perkara itu adalah perkara yang biasa dan tidak menjadi kesalahan untuk di ungkapkan di mana sahaja.Tetapi Islam menganjurkan kepada umatnya dengan pesanan yang disabdakan oleh nabi SAW;

مَنْ يَضْمَنُ لِيْ مَا بَيْنَ لِحْيَيْهِ – أى لِسَانِهِ – وَمَا بَيْنَ فَخِذَيْهِ أَضْمَنُ لَهُ الْجَنَّةَ

Maksudnya: Barangsiapa yang boleh memberi jaminan ( mampu untuk memelihara ) apa yang ada diantara misai dan janggutnya ( lidahnya ) dan apa yang ada diantara kedua pehanya ( kemaluannya ) aku memberi jaminan padanya syurga. { Riwayat Abu Daud }

Firman Allah Taala;



وَتَنَاجَوْا بِالْبِرِّ وَالتَّقْوَى

Maksudnya: Dan (sebaliknya) berbisiklah untuk berbuat kebajikan dan bertaqwa. { Al-Mujaadilah: 9 }

Nabi SAW bersabda lagi;



اَوَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى مَلاَكِ الْخَيْرِ كُلُّهُ؟ قَالَ: كُفْ عَلَيْكَ هَذا وَأَشَارَ إِلَى لِسَانِهِM

Maksudnya: Sukakah engkau seandainya aku tunjukkan raja segala kebaikan? Maka nabi SAW bersabda: "Peliharalah olehmu ini" dan nabi SAW menunjukkan ke arah lidahnya.3.

3.LaparRasulullah SAW bersabda di dalam hadith yang diriwayatkan oleh At-Tabrani dengan sanadnya yang hasan;


عَلَيْكُمْ بِالْحُزْنِ فَإِنَّهُ مِفْتَاحُ الْقَلْبِ. قَالُوْا يَا رَسُوْلَ اللهِ وَكَيْفَ الْحُزْنُ؟ قَالَ: أَخْنِعُوْا أَنْفُسَكُمْ بِالْجُوْعِ وَأَظْمَؤُوْهَا

Maksudnya: " Ke atas (di galakkan) kamu semua dengan kesedihan sesungguhnya dengan kesedihan itu membuka (menyedarkan) hati. Maka mereka menjawab; " Wahai Rasulallah bagaimanakah sedih itu? Bersabda nabi SAW; " Tundukkan jiwa kamu semua dengan berlapar dan dahaga ".

Nabi SAW juga bersabda di dalam hadith yang menganjurkan pemuda-pemudi Islam agar menjaga kemaluan mereka dengan berkahwin.




قَالَ عَلَيْهِ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ: يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةُ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضَّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنَ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ

Maksudnya: " Wahai sekelian pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mampu untuk beroleh anak (berjimak) maka berkahwinlah, seseungguhnya dengan berkahwin itu mampu untuk menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan dan barangsiapa yang tidak mampu maka ke atasnya untuk berpuasa sesungguhnya dengan berpuasa itu mampu untuk memelihara dirinya (daripada melakukan maksiat)".

Justeru, dengan dua hadith yang dinyatakan di atas menunjukkan suatu contoh teladan malah boleh dikategorikan sebagai cara-cara untuk menundukkan nafsu dan cara untuk mendidik jiwa untuk sampai ke peringkat mujahadah.Malah nabi SAW sendiri sentiasa melazimi puasa-puasa sunat sebagai panduan kepada umat selepas baginda agar mereka mampu untuk mengikuti jejak langkah manusia terulung ini.
4.Berjaga malam.Realitinya, ramai manusia majoritinya yang beragama Islam gemar menghabiskan masa sehingga lewat malam. Ada yang menonton perlawanan bola sepak, menghisap rokok, minum beramai-ramai, rempit dan sebagainya. Persoalannya, mengapa waktu malam itu tidak dimanfaatkan dengan perkara-perkara kebaikan?Qiamullail, tilawah al-Quran contohnya dan banyak lagi amalan yang masih lagi boleh dilakukan jika dibandingkan dengan perkara-perkara yang membuang masa dan tidak berfaedah malah boleh mengundang mudharat kepada diri.Allah SWT berfirman di dalam al-Quran;



إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِىَ أَشَدُّ وَطْأً وَأَقْوَمُ قِيْلاً

Maksudnya: Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. { Al-Muzzammil:6 }

Nabi pernah di tanya tentang bilakah waktu yang paling dimakbulkan? Maka Nabi SAW bersabda; جَوْفُ اللَّيْلِ الآخِرِ (di sepertiga malam). { Riwayat Turmuzi }.Tidak dinafikan tidur itu merupakan satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Namun Islam juga menggalakkan supaya umatnya bangun disepertiga malam dan beribadah, bermunajat kepada Allah SWT. Malah, ianya mestilah menjadi suatu kelaziman bahkan ketetapan kepada pejuang-pejuang agama Allah kerana hubungan yang akrab kepada Allah merupakan syarat utama untuk mendapat nusrah dan kemenangan daripada Allah SWT.Akhirnya, marilah kita bersama-sama menjadikan saat ini sebagai titik permulaan untuk kita memperbaiki diri dan menjadikan diri ini sebaris dengan para nabi dan auliya' Allah SWT di akhirat nanti. Wallahu A'lam.


(copy n paste from thaqafah.coconia.net)

Jumaat, 6 Februari 2009

Wanita Penggoncang Dunia?

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim
Salam Sejahtera buat saudara seIslamku di luar sana...

Sekudus doa penuh harapan kusampaikan pada saudaraku di Gaza semoga mereka dikurniakan kesabaran yang banyak bagi mengharungi dugaan Illahi...


Okey, pada hari ini ana lebih berminat untuk membicarakan isu wanita... Ermmm...wanita, wanita dan wanita..Kalu kita rujuk pepatah yang selalu kita dengar..perempuan ni tangannye lembut tapi mampu menggoncang dunia... Err, betul ke? Memang betul... Kalau tengok sirah Rasullullah. Sumayyah misalnye... wanita Islam pertama yang syahid. Walaupun perempuan itu fitrahnya lembut. Tapi kekuatan akidah yang kental dan utuh mampu membuktikan perempuan juga boleh berjuang untuk menggapai redha di sisi PenciptaNya...

Jadi kita ni macam mana? Wanita yang macam mana yang kita nak jadi? Sekental akidah Sumayyah sudah mesti... Tapi setakat mana usaha kita?

Kalau kita tengok masyarakat kita sekarang. Kita seperti telah lupa dari mana kita datang dan ke mana kita kan kembali. Ke mana kita kan kembali, erk? Adakah soalan itu masih berlegar2 dalam benak seorang wanita? Soalan yang ana kira tidak perlu ditanya lagi... Bila cakap pasal mati, semua orang tahu yang kita akan mati.. tapi setakat mana persediaan kita?

Wanita tidak menutup aurat.... pakai skirt atas lutut...Kalau tutup pun masih ada yang menyanyi dan bergelek di atas pentas... Mungkin ada wanita di luar sana yang masih kurang jelas akan aurat yang sebenar kot? Aurat wanita ni seluruh tubuh kecuali tapak tangan dan muka bagi mazhab Syafie.. Wanita juga perlu pakai tudung. Tudung yang macam mana?



"...dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka..." (An-Nur:31)

Rasanya sudah jelas bukan. Pakai tudung kena tutup dada, bukan selempang. Jadi yang tak pakai tudung pakailah sebelum terlewat. Memanglah terlajak perahu boleh diundur. Tapi kalau dah terlajak dihisab di Mahsyar. Jangan kata nak undur. Nak pusing belakang pun belum tentu boleh. Sedarlah kita sebelum terlewat. Sesungguhnya Allah itu Maha Menerima Taubat. Ruang taubat sentiasa terbuka selagi nya kita tak sampai ke halkum. Jadi apa tunggu lagi?



Wanita solehah mampu menggoncang dunia biarpun zahirnya tidak sekuat mana...

Kita semua mendambakan syahid. Syahid akhirnya takkan dihisab. Terus dibawa ke syurga. Tapi kalau ini pun kita tak sanggup berubah. Adakah syurga itu tempat selayaknya bagi kita? Cuba bayangkan kita hampir ditikam oleh rejim zionis dengan pisau yang tajam. Mana yang kita kan pilih? Menjadi sehebat Bilal bin Rabah yang dengan tegar mengatakan "Esa, Esa, Esa." untuk menyelamatkan akidah, atau kita mengangkat tangan rela murtad untuk menyelamatkan nyawa?Bagi orang yang tidak menggambarkkan keadaan itu pasti akan mengatakan mereka akan menyelamatkan akidah. Tapi andai benar digambarkan, ana pun tak tahu apa yang bakal ana pilih. Jadi beringatlah saudara. Jangan biarkan nafsu kita menguasai kehidupan.Tetapi biarlah akal menundukkan nafsu kita. Sesungguhnya hidup ini hanya sementara. Tiada yang kekal melainkan Allah yang Menciptakan Langit dan Bumi.

Kita ini hak Allah dan kepadaNyalah kita kan kembali....



Rabu, 30 Mei 2007

Ya Allah, terimalah Cintaku Ini....

0 comments
Sedarlah wahai saudaraku,
Islam itu agama kita,
Tanpanya kitakan jatuh
Tanpa Allah di sisi
Kita kan lumpuh

Saudaraku,
Mengapa tidak kau tahu,
Islam itu agama yang indah
Agama yang penuh dengan keadilan
Agama yang menyerikan dunia dengan keamanan

Islam itu,
Agama yang murni
Agama yang benar lagi suci
Mengajar kita erti kemanisan iman
Memupuk nilai-nilai kemanusiaan

Saudaraku,
Mengapa kau masih leka dengan cinta duniawi
Sehingga sanggup menggadai maruah dan harga diri
Tidakkah kau sedar
Cinta Allah itu lah cinta hakiki
Cinta yang menjagamu setiap sudut dan setiap inci
Cinta yang bakal menemanimu ke alam ukhrawi

Tidakkah kau tahu...
Apa sebenarnya erti cinta
Apakah yang dimaksudkan dengan suka
Cinta itu murni,
Datangnya dari hati yang putih
yang mengharap sekudus kasih
dari Tuhan Rabbul Izzati
Tidak seperti suka wahai sahabatku,
yang diselaputi debu
Malah dibaluti nafsu
yang kini semakin menjalar di setiap salur darahmu
Sehingga engkau tidak gentar dan gerun
dengan kekuasaan Tuhanmu..

Sesungguhnya Allah itu,
telah menciptakan kita semua dengan sebaik-baik kejadian
Kitalah yang paling sempurna
Bukan malaikat, bukan azazil mahupun jin
Tetapi
Mengapakah kita tidak mentaatiNya seperti taatnya para malaikat
Mengapa kita tidak memusuhi azazil yang telah memusuhi Tuhanmu
Mengapa wahai sahabatku?

Sedarlah wahai sahabatku,
Perjalanan yang akan kita tempuh masih jauh
Janganlah biarkan dirimu terumbang ambing dek godaan dunia
Dekatkanlah dirimu dengan Tuhanmu
Bertaubatlah pada Tuhan Yang Satu
Usah kau fikir Allah itu Maha Pengampun
Sehingga engkau ternanti-nanti detik tuamu
Ketahuilah jua Allah itu Maha Berkuasa
Berkuasa untuk menarik nyawamu
Pada bila-bila masa
Mungkin esok atau lusa
Detik sakaratul maut itu pasti akan kau rasa...

Dari,
Hamba yang sentiasa dalam kerinduan
 

Pemberian Saya Untuk Awak... Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template