Selasa, 17 Februari 2009

Kelebihan Ayat Kursi...

0 comments
> > SINAR CAHAYA AYAT
> > Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
> > Hikmah Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
> > 1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
> > 2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
> > 3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumahjirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
> > 4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang ygbersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahalanabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
> > 5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
> > 6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
> > 7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."Wassalam,"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia Mu,Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu" Subhanallah...
> >

Jumaat, 13 Februari 2009

Hadis Sahih , Hassan dan Dha'if

0 comments
Istilah2 dalam Ulumul Hadis

Sanad: Rangkaian perawi hadis daripada pengumpul sehinggalah kepada Rasulullah SAW

Matan: Lafaz hadis yang membentuk pengertian selepas sanad ( Isi kandungan hadis)

Adil: Perawi yang adil ialah perawi yang ISLAM, BERAKAL, TIDAK FASIK, BALIGH, TIDAK MELAKUKAN PERKARA YANG AIB.


Dhabit: Perawi yang dhabit ialah perawi yang kuat ingatannya. Tiada perubahan jika diriwayatkan melalui lisan atau tulisan.


Bersambung Sanad: Setiap perawi yang meriwayatkan hadis telah menerima hadis tersebut daripada gurunya secara lansung yang bermula dr awal sanad( sahabt) sehingga kpd yg terakhir(perawi yg terakhir) tanpa berlaku keciciran pada sanad.


Tiada syaz: Tiada percanggahan ant. hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang siqqah ( adil dan dhabit) dengan hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih siqqah daripadanya.


Tiada 'illah: Tiada kecacatan atau kelemahan tersembunyi dan tidak dapat dikesan dgn mudah

HADIS SAHIH

Pengertian Hadis Sahih
-Hadis yang diriwayatkan oleh rangkaian perawi hadis yang adil, dhabit, bersambung sanad tiada 'illah, serta tiada syaz...

Bahagian hadis sahih
  • Hadis Sahih Lizatih: Sama seperti pengertian hadis sahih
  • Hadis Sahih Lighairih: Hadis Hassan yang disokong oleh riwayat lain yang setaraf dengannya atau lebih kuat drpdnya
Hukum beramal dengan hadis sahih
-Kena beramal dengannya. Tak boleh mengingkarinya.

( Contoh Kitab Hadis Sahih ialah kitab Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan juga Matan Arba'in @ Hadis 40)

HADIS HASSAN

Pengertian Hadis Hassan
- Hadis yang menepati ciri hadis sahih cuma kurang dari segi dhabitnya sahaja.

Bahagian Hadis Hassan

  • Hadis Hassan Lizatih: sama seperti pengertian hadis hassan
  • Hadis Hassan Lighairih: Hadis Dha'if yang disokong oleh riwayat lain yang setaraf dengannya atau lebih kuat drpdnya
Syarat Hadis Hassan Lighairih
  • Kedhaifan bersifat sederhana spt kurang dhabit, terputus sanad dan kejahilan perawi yg tak bersifat melampau ch fasik dan kazib(pembohong)
  • Disokong oleh riwayat yg setaraf atau lebih kuat drpdnya.
Hukum Beramal dengan Hadis Hassan
-Boleh diterima utk dijadikan hujah atau dalil dalam hukum syarak' kerana hadis ini makbul (diterima)

HADIS DHA'IF

Pengertian Hadis Dha'if
- Hadis yang tidak memenuhi syarat hadis yang makbul (diterima) yakni Hadis Sahih atau Hadis Hassan

Bahagian Hadis Dha'if

  • Dha'if pada sanad: terputus sanad sama ada sedikit atau banyak, sengaja atau tak, dari awl sanad atau akhir sanad. Juga boleh disebabkan wujudnya 'illah yg menjejaskan hadis
  • Dhaif pada matan: Wujudnya 'illah pada matan hadis seperti pertukaran ayat atau perkataan, diriwayatkan oleh riwayat yang sama kuat tapi bercanggah ant satu sama lain, berlaku pertukaran kalimah,pertambahan unsur2 luar perawi pada sanad dan matan(tengah awal atau hujung hadis), hadis yang mengandungi 'illah tapi tak pada zahir


Hukum Beramal dengan Hadis Dha'if
-Tidak boleh beramal dgn hadis dha'if pada dasarnya. Tapi ada ulama' yg kata boleh tapi hadis kena menepati syarat2 di bwh...
  1. Hadis berkaitan dgn fadhail amal( kelebihan2 amalan)
  2. Faktor kedha'ifan bersifat sederhana
  3. Mafhum hadis dha'if ada pada nas Hadis Sahih
  4. Ketika beramal dengan hadis dha'if, mestilah berharap akan kesahihannya.
Contoh Hadis

Maksudnya: Dari Anas bin Malik, katanya (SANAD), Rasulullah SAW bersabda:
(MATAN) "Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum ia mencintaiku melebihi cintanya kepada anak-anaknya, kepada bapanya, dan kepada manusia semuanya"



Sumber Buku Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah Tingkatan 4

Khamis, 12 Februari 2009

Hayati Lagu 6th Sense

0 comments

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa Engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu tapi
Akan sunyi tanpaMu
Menemani aku sepi


Chorus :

Tanpa..
CintaMu aku resah
Tanpa..
KasihMu aku hampa
Tanpa..
DiriMu aku mati
hohoo…

Ulang 2x

Kini benar-benarku rasakan
Dalam relung hatiku tanpaMu
Aku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari diriMu
Dan Kau tinggalkan aku sendiri
TanpaMu ku mati
Hohoo…

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa Engkau aku tak mengerti

Ulang 2x

(Ermm..lagu favourite)



Artis: 6th Sense

Tajuk: Tanpa


Amalkanlah Doa Ini..

0 comments
ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ

Mafhumnya: Cukuplah Allah SWT bagiku; Tiada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNyalah aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arasy yang agung.

(Surah At-Taubah:129)


Semoga dengan adanya Allah SWT di hati kita, kita takkan gentar menghadapi dugaanNya

Sumber Al- Mathurat susunan Imam Hassan Al-Banna

Nabi Muhammad SAW Pilot Pertama Dunia?

0 comments
Hah, pelik jee tajuk dia. Merepek aper laa...
Korang tahu tak ayat di atas bukan merepek tapi betol..

Fakta Sains mengatakan bila kita naik ke tempat yang tinggi macam bukit, gunung....nescaya kita akan kekurangan nafas sebab tak cukup oksigen. Betul kan?
Tapi kita tahu selepas adanya kapal terbang, adanya jurutera untuk buat kapal terbang....dll
Tapi rupanya fakta ni dah terbongkar dalam Al-Quran
Cuma kita yang tak tahu..
Sebab rata2 kita suka baca Al-Quran je tapi tak menghayati maknanya termasuklah ana sendiri.

Emmmm... tgk ni

ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ

Mafhumnya: Dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.

(Surah Al-Anaam:125)

SubhanAllah. Waallahua'lam...

Sumber Rujukan: Kitab Tauhid Diperakui fakta Sains oleh Abdul Majid Aziz Az-Zindani

Jom Belajar Ulumul Hadis...

0 comments

Pengertian Hadis
- Perkataan, percakapan, perbuatan, takrir, atau sifat yang disandarkan kepada Nabi Muhammad

Istilah yang berkaitan dgn hadis:
1. As-Sunnah
2. Al-Khabar

3. Al- Athru


Tujuan belajar Ulum Hadis
:
1. utk nilai hadis sama ada pada sanad @ matan

2. utk faham hadis
3. utk tahu cara ulama' menilai hadis
4. utk menolak tuduhan orientalis @ golongan anti hadis

5. utk tahu unsur2 'israilliat' dalam pentafsiran Al-Quran



Hadis merupakan
SUMBER PERUNDANGAN KEDUA dalam Islam
Firman Allah dalam surah Al-Hasyr ayat 7


ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ

Mafhumnya: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).

Firman Allah SWT lagi dalam Surah An-Nisa' ayat 59


ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ ﯻ ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ ﰀ ﰁ ﰂ ﰃ ﰄ ﰅ ﰆ ﰇ ﰈ ﰉ ﰊ ﰋ ﰌ ﰍ ﰎ ﰏ ﰐ ﰑ ﰒ


Mafhumnya: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Fungsi Hadis
1. Untuk kukuhkan hukum yang ditentukan oleh Al-Quran

ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ
Mafhumnya: Jauhilah perkataan dusta...
(Surah Al-Haj:30)

Nabi Muhammad pernah bersabda:

Maksudnya: Telah bersabda Rasulullah SAW " Perhatikanlah! Aku akan memberitahumu tentang sebesar2 dosa, kami menyahut: Baiklah Rasulullah SAW, baginda meneruskan sabdanya: Syirik kepada Allah, menyakiti kedua ibu bapa. Ketika itu Baginda bersandar lalu baginda duduk dan terus bersabda lagi: Awasilah penyaksian dusta..."

2. Utk menafsir ayat2 yang mujmal

ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ

Mafhumnya: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkan zakat dan rukuklah kamu semua( berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk
(Surah Al-Baqarah:4)


Nabi pernah bersabda:

Maksudnya: Daripada Abu Qalabah berkata, Malik bercerita kepada kami bahawa kami telah datang kepada Nabi Muhammad SAW :...Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat..."

3. Mentaqdid ayat Al-Quran yang mutlak

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ
Mafhumnya: Diharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah dan daging khinzir

(Surah Al-Maidaah: 3)

Kemudian hadis Baginda mentaqdid bentuk bangkai dan darah

Maksudnya: daripada Abdullah bin Umar sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda " Dihalalkan kepada kamu dua jenis bangkai dan dua jenis darah, maka ada pun dua jenis bangkai ialah ikan dan belalang dan dua jenis darah ialah hati dan limpa"

4. Mentakhsiskan ayat yang umum

6. Menetapkan hukum yang tiada dalam Al-Quran


Hadis Nabawi, Qudsi dan Al-Quran

Hadis nabawi
Perkataan, perbuatan, takrir dan sifat yang disandarkan kepada nabi Muhammad SAW

Hadis Qudsi
Sesuatu yang dikhabarkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui ilham atau mimpi kemudian baginda menyampaikan dengan perkataan baginda sendiri

Al-Quran
Kalam Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW melalui Jibril A.S dalam Bahasa Arab secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah bermula dari Surah Al-Fatihah dan berakhir dgn Surah An-Nas


Sumber: Buku Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah Tingkatan 4



Rabu, 11 Februari 2009

Kenapa Para Rasul Diutuskan Allah SWT, hah?

0 comments
Kenapa Allah utus Rasul untuk berdakwah kat kita, hah?
Sini ana akan huraikan sedikit sebanyak yang ana tahu...

1) Allah SWT utus Rasul untuk ajar manusia mengenali Tuhan yang Menciptakan mereka serta menyeru mereka menyembah-Nya....

Firman Allah dalam surah Al-Anbiyaa' ayat ke 25

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ


Mafhumnya: Dan kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami mewahyukan kepadanya:" Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan(yang berhak disembah) melainkan Aku: oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu."

2) Allah SWT utus Rasul untuk memberitahu manusia yang sesungguhnya mereka dicipta bukan sia2 tetapi ada tujuannya...

Firman Allah dalam surah Al-Mukminun ayat 115 dan 116...

ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ

Mafhumnya:"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.


3) Allah SWT mengutuskan rasul untuk menyelamatkan manusia daripada perselisihan dalam perkara asas kehidupan mereka, dan menunjukkan mereka kebenaran seperti yang dikehendaki Pencipta...
Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 64...


ﰀ ﰁ ﰂ ﰃ ﰄ ﰅ ﰆ ﰇ ﰈ ﰉ ﰊ ﰋ ﰌ ﰍ ﰎ ﰏ

Mafhumnya: Dan tiadalah Kami menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya; dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.


4) Allah SWT mengutus para Rasul untuk menegakkan agama Islam dan memeliharanya. Termasuklah melarang perpecahan dalam agama serta melaksanakan hukum berdasarkan wahyuNya.

Firman Allah dalam surah asy-Syura ayat 13

ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ

Mafhumnya: Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).


Firman Allah SWT lagi dalam surah An-Nisaa ayat 105

ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ

Mafhumnya: Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.

5) Allah SWT mengutuskan Rasul untuk menyampaikan berita gembira tentang nikmat yang berkekalan yang disediakan buat Mukmin sebagai balasan terhadap ketaatan mereka.
Begitu juga memberi amaran tentang azab pedih bagi orang2 Kafir sebagai balasan kepada kekufuran mereka

Firman Allah SWT dalamsurah An-Nisaa' ayat 165


ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ

Mafhumnya:Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


6) Allah juga mengutuskan Rasul pada kita untuk menjadi contoh teladan terbaik bagi manusia dalam mencapai cara hidup yang lurus, akhlak yang mulia, ibadat yang betul dan supaya sentiasa mengikut petunjuk Allah SWT

Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 21

ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ ﯻ ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ ﰀ

Mafhumnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

semoga ilmu yang sedikit ini dapat kita manfaatkan bersama. Wallahua'lam.



Dipetik dari BUKU KITAB TAUHID DIPERAKUI OLEH FAKTA SAINS
karya ABDUL MAJID AZIZ AZ-ZINDANI











 

Pemberian Saya Untuk Awak... Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template