Jumaat, 13 Februari 2009

Hadis Sahih , Hassan dan Dha'if


Istilah2 dalam Ulumul Hadis

Sanad: Rangkaian perawi hadis daripada pengumpul sehinggalah kepada Rasulullah SAW

Matan: Lafaz hadis yang membentuk pengertian selepas sanad ( Isi kandungan hadis)

Adil: Perawi yang adil ialah perawi yang ISLAM, BERAKAL, TIDAK FASIK, BALIGH, TIDAK MELAKUKAN PERKARA YANG AIB.


Dhabit: Perawi yang dhabit ialah perawi yang kuat ingatannya. Tiada perubahan jika diriwayatkan melalui lisan atau tulisan.


Bersambung Sanad: Setiap perawi yang meriwayatkan hadis telah menerima hadis tersebut daripada gurunya secara lansung yang bermula dr awal sanad( sahabt) sehingga kpd yg terakhir(perawi yg terakhir) tanpa berlaku keciciran pada sanad.


Tiada syaz: Tiada percanggahan ant. hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang siqqah ( adil dan dhabit) dengan hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih siqqah daripadanya.


Tiada 'illah: Tiada kecacatan atau kelemahan tersembunyi dan tidak dapat dikesan dgn mudah

HADIS SAHIH

Pengertian Hadis Sahih
-Hadis yang diriwayatkan oleh rangkaian perawi hadis yang adil, dhabit, bersambung sanad tiada 'illah, serta tiada syaz...

Bahagian hadis sahih
  • Hadis Sahih Lizatih: Sama seperti pengertian hadis sahih
  • Hadis Sahih Lighairih: Hadis Hassan yang disokong oleh riwayat lain yang setaraf dengannya atau lebih kuat drpdnya
Hukum beramal dengan hadis sahih
-Kena beramal dengannya. Tak boleh mengingkarinya.

( Contoh Kitab Hadis Sahih ialah kitab Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan juga Matan Arba'in @ Hadis 40)

HADIS HASSAN

Pengertian Hadis Hassan
- Hadis yang menepati ciri hadis sahih cuma kurang dari segi dhabitnya sahaja.

Bahagian Hadis Hassan

  • Hadis Hassan Lizatih: sama seperti pengertian hadis hassan
  • Hadis Hassan Lighairih: Hadis Dha'if yang disokong oleh riwayat lain yang setaraf dengannya atau lebih kuat drpdnya
Syarat Hadis Hassan Lighairih
  • Kedhaifan bersifat sederhana spt kurang dhabit, terputus sanad dan kejahilan perawi yg tak bersifat melampau ch fasik dan kazib(pembohong)
  • Disokong oleh riwayat yg setaraf atau lebih kuat drpdnya.
Hukum Beramal dengan Hadis Hassan
-Boleh diterima utk dijadikan hujah atau dalil dalam hukum syarak' kerana hadis ini makbul (diterima)

HADIS DHA'IF

Pengertian Hadis Dha'if
- Hadis yang tidak memenuhi syarat hadis yang makbul (diterima) yakni Hadis Sahih atau Hadis Hassan

Bahagian Hadis Dha'if

  • Dha'if pada sanad: terputus sanad sama ada sedikit atau banyak, sengaja atau tak, dari awl sanad atau akhir sanad. Juga boleh disebabkan wujudnya 'illah yg menjejaskan hadis
  • Dhaif pada matan: Wujudnya 'illah pada matan hadis seperti pertukaran ayat atau perkataan, diriwayatkan oleh riwayat yang sama kuat tapi bercanggah ant satu sama lain, berlaku pertukaran kalimah,pertambahan unsur2 luar perawi pada sanad dan matan(tengah awal atau hujung hadis), hadis yang mengandungi 'illah tapi tak pada zahir


Hukum Beramal dengan Hadis Dha'if
-Tidak boleh beramal dgn hadis dha'if pada dasarnya. Tapi ada ulama' yg kata boleh tapi hadis kena menepati syarat2 di bwh...
  1. Hadis berkaitan dgn fadhail amal( kelebihan2 amalan)
  2. Faktor kedha'ifan bersifat sederhana
  3. Mafhum hadis dha'if ada pada nas Hadis Sahih
  4. Ketika beramal dengan hadis dha'if, mestilah berharap akan kesahihannya.
Contoh Hadis

Maksudnya: Dari Anas bin Malik, katanya (SANAD), Rasulullah SAW bersabda:
(MATAN) "Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum ia mencintaiku melebihi cintanya kepada anak-anaknya, kepada bapanya, dan kepada manusia semuanya"



Sumber Buku Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah Tingkatan 4

0 comments:

 

Pemberian Saya Untuk Awak... Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template