Isnin, 9 Februari 2009

Novel Sejarah Islami menggamit rasa....


Saasatul Ibaad karya Faisal Tehrani

Bismillahirrahmanirrahim.....

Semalam telah menyaksikan ana menaiki KTM Komuter ke Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi. Perjalanan ana telah memakan masa hampir 3 jam. Tepat pada pukul 12 tengah hari ana sampai di KL Sentral. Ana mengambil pula tren rapid KL ke Kampung Baru, menghala ke rumah sewa yang disewa oleh ibu dan ayah ana. Then, kat situ ana tunggu sahabat ana yang tinggal di rumah kakaknya berhampiran dgn Taman Melati.

Kemudian ana dan kawan ana bergerak ke KLCC. Tak jauh pun, satu stesen je... murah pn murah RM1 sahaja. Pastu kitaorang pn solat di situ. Next, kami sama-sama melangkah ke Kinokuniya yang terletak di tingkat 4.
Erm... besar jugak bookstore dia yerk! Ana pun mencari buku yang menarik. Tetiba terjumpa buku karya Faisal Tehrani yang bertajuk "Saasatul Ibaad". Nampak menarik jee. Ape lagi... sambar je laa. Tapi sebenarnya, banyak lagi buku yang tak habis dibaca. Sekarang ana tengah menghabiskan novel karya Abdul Latip Talib yang berjudul
" Salahudin Ayubi, Penakluk Jurusalem". Menarik. Ana suka gak buku2 yang menceritakan tokoh2 ni. Terasa kagum. Hoho. Kadang2 rasa diri ana ni jahat kalau nak dibandingkan ngan pejuang2 Islam suatu masa dulu....



Novel yang kini sedang dikunyah dalam minda, dicerna dalam hati

Ana dah habiskan buku karya Abdul Latip, "Sultan Muhammad Fateh, Penakluk Konstantinople" . Tiba2 terasa kerdil bila baca sirah Sultan tu. Mana idaknya, Sultan Muhammad Fateh tidak pernah meninggalkan solat sunat Rawatib dan Solat Tahajud selepas baginda baligh. Terasa kerdil laa plak diri ana ni. Penaklukan baginda juga telah diramal oleh ulama' terkenal di zaman tu yang bernama Syeikh Shamsuddin Al-Wali. Ulama tu pernah berkata kepada ayahanda Sultan Muhammad yang bernama Sultan Murad,

" Wahai Sultan Murad, bukan Tuanku yang membebaskan kota Konstantinople, tetapi anak dalam buaian itu(Sultan Muhammad)".

Bagi ana perjuangan Sultan Muhammad Fateh patutnya diambil iktibar bagi golongan belia dan remaja Islam termasuklah diri ana sendiri. Hal ini kerana, Nabi Muhammad SAW yang sangat kita hormati dan sangat kita cintai pernah bersabda yang bermaksud,


"Kota Konstantinople hanya akan jatuh ke tangan pemerintah yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik"



Kalau kita mendalami sejarah, ternyata usaha menakluk Kota Konstantinople ini telah dilakukan oleh umat Islam semenjak zaman pemerintahan Saidina Ali Karamallahuwajhah namun tidak pernah berjaya. Usaha ini diteruskan lagi oleh pemerintah2 di zaman Bani Ummayyah dan Bani Abbasiyyah tapi tetap gagal. Sehinggalah muncul Sultan Muhammad Fateh yang memberi sinar baru kepada umat Islam pada ketika itu.


Kalau dirujuk semula kata seorang Ahli Sejarah Byzantine yang pernah mengatakan,

" Tidaklah pernah kami melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad Al-Fateh dengan usahanya telah mengatasi Alexander The Great!"

Ana apabila terbaca ayat-ayat ini sekelip mata terasa bangga dengan pencapaian umat Islam suatu masa dahulu yang dipenuhi dengan semangat jihad yang tinggi. Ana berharap supaya umat Islam di zaman ini juga mampu melakukan perkara yang sama. Bagi remaja2 di luar sana, ana mencadangkan kalian supaya membaca novel sejarah Islam ini. Semoga kemenangan umat Islam sepertimana yang ditulis oleh Faisal Tehrani dalam karyanya Kombat 1511h akan dapat kita kecapi. Salam jihad fisabillah buat saudara seIslamku...




0 comments:

 

Pemberian Saya Untuk Awak... Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template