Sabtu, 7 Februari 2009

Mujahadah dan Rukun-rukunnya


Tarbiah atau pendidikan merupakan elemen penting di dalam membentuk personaliti muslim yang solid dengan tuntutan-tuntutan yang dikehendaki oleh Islam. Malah, Rasulullah SAW juga menitik beratkan soal pentarbiahan diri dan ianya menjadi ikutan para Salafunas soleh yang menilai kekuatan ketenteraan dengan kekuatan dan keintiman hubungan para tentera dengan Allah SWT di samping persenjataan yang kuat dan hebat. Nabi SAW mendidik jiwa dengan melakukan qiamullail di sepertiga malam malah baginda juga cukup menjaga perkara-perkara 'nawafil' (sunat). Jika difikirkan secara logik, apakah perlu seorang nabi yang telah dijanjikan dan dijamin akan dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga-Nya untuk melakukan amal ibadat yang banyak? Kondisi yang disebutkan di atas menunjukkan baginda SAW menjiwai soal kehambaan dan konsep kehambaan yang dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran;



وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنْسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُوْنَ

Maksudnya: Tidaklah aku menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadat (menyembah) kepada Allah SWT { Az-Zaariyaat: 56 }
Untuk entri kali ini, sukalah ana untuk membincangkan sedikit sebanyak tentang pentarbiahan jiwa yang kebanyakannya ana naqalkan daripada kitab تَرْبِيَتُنَا اَلرُّحِيَّةِ (Pendidikan Rohani) yang dikarang oleh seorang ulama' gerakan yang disegani dan banyak menulis dan membicarakan tentang persoalan tarbiah dan pendidikan jiwa iaitu Syeikh Said Hawa Rahimahullah. Diruangan tarbiah kali ini ana akan menulis tentang konsep Mujahadan dan Rukun-rukunnya. Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran;



وَالَّذِيْنَ جَاهَدُوْا فِيْنَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا

Maksudnya: Dan orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang Yang berusaha membaiki amalannya. { Al-Ankabuut: 69 }
Daripada ayat di atas dapatlah diketahui hidayah itu merupakan kesan dan hasil mujahadah yang dilakukan. Malah Syeikh Said Hawa menyatakan mujahadah dan hidayah itu tidak dapat dikecapi melainkan dengan taufik (keizinan) dan bantuan daripada Allah sepertimana yang disebut di dalam surah Al-Fatihah;

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنَ

Maksudnya: Engkau sahajalah yang kami sembah dan kepada Engkau sahajalah kami memohon pertolongan. { Al-Fatihah: 5 }
Malah mujahadah juga merupakan wasilah untuk menikmati hidayah dan hidayah itu merupakan asas taqwa sepertimana yang dijelaskan oleh Allah 'Azza Wa Jalla;

وَالَّذِيْنَ اهْتَدُوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآتَاهُمْ تَقْوَاهُمْ

Maksudnya: Dan (sebaliknya) orang-orang Yang menerima petunjuk (ke jalan Yang benar), Allah menambahi mereka Dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa. { Muhammad: 17 }
Di dalam perbincangan tentang mujahadah ini Syeikh Said Hawa Rahimahullah meletakkan beberapa tingkatan sebagai pra-syarat untuk mencapai konsep mujahadah.

Peringkat pertama:• Keimanan yang tinggi kepada Allah dan rasul-Nya. Seandainya perkara ini tidak direalisasikan di dalam kehidupan seorang muslim, maka ia tidak mampu untuk mencapai tahap mujahadah kerana ianya merupakan perkara pokok di dalam agama. Malah di dalam kehidupan seorang daie, Syeikh Jum'ah Amin di dalam kitabnya أُصُوْلُ الدَّعْوَةِ meletakkan الإِْيْمَانُ الْوَثِيْقِ (keimanan yang jitu) sebagai syarat utama untuk melayakkan diri menjadi daie yang berjaya dan berkesan. Allah Taala berfirman;

وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللهِ يَهْدِ قَلْبَهُ

Maksudnya: Dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar).
Peringkat kedua:Menjaga perkara-perkara yang berkaitan dengan solat-solat yang fardhu dan mendirikannya pada awal waktunya, berpuasa di bulan Ramadhan, mengerjakan zakat apabila cukup haul, mengerjakan haji di baitil haram sekiranya sudah berkemampuan dan mendirikan rumahtangga seandainya pernikahan itu dapat menahan diri daripada melakukan zina dan maksiat kepada Allah SWT

إَنَّ الصَّلاَةَ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ كِتَابًا مَّوْقُوْتًا

Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. { An-Nisa': 103 }


Nabi SAW apabila ditanyakan tentang apakah amalan yang paling afdhal (utama) di dalam Islam? Maka baginda SAW menjawab; اَلصَّلاَةُ عَلَى وَقْتِهَا (menunaikan sembahyang di awal waktu (pada waktunya).

Peringkat Ketiga:Sentiasa melazimi perkara-perkara yang sunat di dalam ibadat seperti solat dan puasa sunat, qiamullail, iktikaf dan membaca al-quran.وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُوْدًاMaksudnya: Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. { Al-Israa': 79 }

عَنْ عَائِشَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهَ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْمُ مِنَ اللَّيْلِ حَتَّى تَتَفَطَّرَ قَدَمَاهُ، فَقُلْتُ لَهُ: لِمَ تَصْنَعُ هَذَا يَا رَسُوْلَ اللهِ وَقَدْ غُفِرَ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ؟ قَالَ: (( أَفَلاَ أَكُوْنُ عَبْدًا شَكُوْرًا)) مُتَّفَقٌ عَلَيْه
Maksudnya: Daripada Aisyah Radhiallahu 'Anha berkata; bahawasanya Nabi SAW mengerjakan sembahyang disepertiga malam (bertahajjud) sehingga bengkak kakinya, maka aku pun berkata kepada baginda; " Mengapa engkau melakukan begini wahai Rasulallah, sedangkan engkau telah diampunkan segala dosa yang terdahulu dan akan dating? Maka nabi SAW bersabda; " Bukankah aku orang paling bersyukur dikalangan manusia?. Muttafaqun 'Alaih.

Peringkat keempat yang juga dinamakan sebagai rukun mujahadah:Apabila berbicara tentang rukun mujahadah, kita tidak dapat lari daripada menyatakan empat perkara ini




  • ;العُزْلَةُ ( Beruzlah)


  • الصًّمْتُ ( Senyap )


  • السَّهَرُ ( Berjaga malam


  • الجُْوْع( Berlapar )

1.Beruzlah atau menyendiri.Asasnya, bukanlah menjauhkan diri daripada kelompok manusia atau kaum muslimin itu merupakan perkara utama di dalam kehidupan seorang muslim, bahkan pergaulan yang baik, hidup bermasyarakat yang baik dan bersama-sama dengan kelompok yang melakukan perkara yang baik adalah amat dianjurkan oleh Islam bertepatan dengan hadith nabi SAW yang berbunyi;


المُؤْمِنُ الَّذِى يُخَالِطُ النَّاسُ وَيَصْبِرُ عَلَى آذَاهُمْ خَيْرٌ مِنَ الَّذِى لاَ يُخَالِطُ النَّاسُ وَلاَ يَصْبِرُ عَلَى آذَاهُمْ
Maksudnya: Seorang mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar dengan kerenah dan perangai mereka lebih baik daripada seorang mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar dengan kerenah dan perangai mereka. { Riwayat Imam Ahmad }


يَدُ اللهِ مَعَ الْجَمَاعَةِ وَمَنْ شَذَّ شَذَّ فِى النَّارِ

Maksudnya: Tangan Allah ( pertolongan dan bantuan ) sentiasa bersama dengan jamaah, barangsiapa yang bersendirian dan lari daripada jamaah maka bersendirianlah ia di dalam neraka. { Riwayat Imam Ahmad }


Syeikh Said Hawa menyatakan lagi di dalam kitabnya, tidak dinamakan dengan beruzlah seandainya menyendiri daripada kebaikan dan golongan yang melakukan tetapi yang dinamakan uzlah itu adalah lari daripada kesesatan dan orang-orang yang menyesatkan.Namun begitu, Islam tidak melarang ummatnya unttuk beruzlah sepertimana yang dilakukan oleh nabi SAW di gua Hira'. Kebanyakan umat Islam tersilap di dalam memahami konsep uzlah yang terdapat di dalam Islam dengan mengambil keputusan untuk lari daripada kesibukan dunia dan terus duduk berteleku hanya beribadat kepada Allah SWT dan hanya mementingkan diri sendiri. Allah SWT berfirman di dalam al-quran;


وَابْتَغِ فِيْمَا آتَاكَ اللهُ الدَّارَ الأَخِرَةَ وَلاَ تَنْسَ نَصِيْبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللهُ إِلَيْكَ وَلاَ تَبْغِ الْفَسَادَ فِى الأَرْضِ إَنَّ اللهَ لاَ يُحَبُّ الْمُفْسِدِيْْنَ
Maksudnya: Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan. { Al-Qashash: 77 }'

Uzlah adalah bertujuan untuk bersendiri dan memikirkan kesilapan yang dilakukan dan memikirkan cara-cara untuk mengubati penyakit-penyakit yang tedapat di dalam diri dan masyarakat.

2. SENYAP Islam tidak melarang umatnya untuk berbicara kerana ianya merupakan fitrah semulajadi manusia dan diantara motif Allah menciptakan lidah itu adalah untuk berkata-kata. Senyap yang di anjurkan oleh Islam ini adalah tidak berkata-kata kecuali pada perkara-perkara yang boleh memberi manfaat kepada diri dan orang lain. Kebanyakan manusia pada hari ini hanya membuang masa dengan bercerita dan bercakap tentang perkara-perkara yang sia-sia. Malah, anak muda di zaman ini tidak segan silu untuk berbicara tentang seks dikhalayak ramai dan menganggap perkara itu adalah perkara yang biasa dan tidak menjadi kesalahan untuk di ungkapkan di mana sahaja.Tetapi Islam menganjurkan kepada umatnya dengan pesanan yang disabdakan oleh nabi SAW;

مَنْ يَضْمَنُ لِيْ مَا بَيْنَ لِحْيَيْهِ – أى لِسَانِهِ – وَمَا بَيْنَ فَخِذَيْهِ أَضْمَنُ لَهُ الْجَنَّةَ

Maksudnya: Barangsiapa yang boleh memberi jaminan ( mampu untuk memelihara ) apa yang ada diantara misai dan janggutnya ( lidahnya ) dan apa yang ada diantara kedua pehanya ( kemaluannya ) aku memberi jaminan padanya syurga. { Riwayat Abu Daud }

Firman Allah Taala;



وَتَنَاجَوْا بِالْبِرِّ وَالتَّقْوَى

Maksudnya: Dan (sebaliknya) berbisiklah untuk berbuat kebajikan dan bertaqwa. { Al-Mujaadilah: 9 }

Nabi SAW bersabda lagi;



اَوَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى مَلاَكِ الْخَيْرِ كُلُّهُ؟ قَالَ: كُفْ عَلَيْكَ هَذا وَأَشَارَ إِلَى لِسَانِهِM

Maksudnya: Sukakah engkau seandainya aku tunjukkan raja segala kebaikan? Maka nabi SAW bersabda: "Peliharalah olehmu ini" dan nabi SAW menunjukkan ke arah lidahnya.3.

3.LaparRasulullah SAW bersabda di dalam hadith yang diriwayatkan oleh At-Tabrani dengan sanadnya yang hasan;


عَلَيْكُمْ بِالْحُزْنِ فَإِنَّهُ مِفْتَاحُ الْقَلْبِ. قَالُوْا يَا رَسُوْلَ اللهِ وَكَيْفَ الْحُزْنُ؟ قَالَ: أَخْنِعُوْا أَنْفُسَكُمْ بِالْجُوْعِ وَأَظْمَؤُوْهَا

Maksudnya: " Ke atas (di galakkan) kamu semua dengan kesedihan sesungguhnya dengan kesedihan itu membuka (menyedarkan) hati. Maka mereka menjawab; " Wahai Rasulallah bagaimanakah sedih itu? Bersabda nabi SAW; " Tundukkan jiwa kamu semua dengan berlapar dan dahaga ".

Nabi SAW juga bersabda di dalam hadith yang menganjurkan pemuda-pemudi Islam agar menjaga kemaluan mereka dengan berkahwin.




قَالَ عَلَيْهِ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ: يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةُ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضَّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنَ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ

Maksudnya: " Wahai sekelian pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mampu untuk beroleh anak (berjimak) maka berkahwinlah, seseungguhnya dengan berkahwin itu mampu untuk menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan dan barangsiapa yang tidak mampu maka ke atasnya untuk berpuasa sesungguhnya dengan berpuasa itu mampu untuk memelihara dirinya (daripada melakukan maksiat)".

Justeru, dengan dua hadith yang dinyatakan di atas menunjukkan suatu contoh teladan malah boleh dikategorikan sebagai cara-cara untuk menundukkan nafsu dan cara untuk mendidik jiwa untuk sampai ke peringkat mujahadah.Malah nabi SAW sendiri sentiasa melazimi puasa-puasa sunat sebagai panduan kepada umat selepas baginda agar mereka mampu untuk mengikuti jejak langkah manusia terulung ini.
4.Berjaga malam.Realitinya, ramai manusia majoritinya yang beragama Islam gemar menghabiskan masa sehingga lewat malam. Ada yang menonton perlawanan bola sepak, menghisap rokok, minum beramai-ramai, rempit dan sebagainya. Persoalannya, mengapa waktu malam itu tidak dimanfaatkan dengan perkara-perkara kebaikan?Qiamullail, tilawah al-Quran contohnya dan banyak lagi amalan yang masih lagi boleh dilakukan jika dibandingkan dengan perkara-perkara yang membuang masa dan tidak berfaedah malah boleh mengundang mudharat kepada diri.Allah SWT berfirman di dalam al-Quran;



إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِىَ أَشَدُّ وَطْأً وَأَقْوَمُ قِيْلاً

Maksudnya: Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. { Al-Muzzammil:6 }

Nabi pernah di tanya tentang bilakah waktu yang paling dimakbulkan? Maka Nabi SAW bersabda; جَوْفُ اللَّيْلِ الآخِرِ (di sepertiga malam). { Riwayat Turmuzi }.Tidak dinafikan tidur itu merupakan satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Namun Islam juga menggalakkan supaya umatnya bangun disepertiga malam dan beribadah, bermunajat kepada Allah SWT. Malah, ianya mestilah menjadi suatu kelaziman bahkan ketetapan kepada pejuang-pejuang agama Allah kerana hubungan yang akrab kepada Allah merupakan syarat utama untuk mendapat nusrah dan kemenangan daripada Allah SWT.Akhirnya, marilah kita bersama-sama menjadikan saat ini sebagai titik permulaan untuk kita memperbaiki diri dan menjadikan diri ini sebaris dengan para nabi dan auliya' Allah SWT di akhirat nanti. Wallahu A'lam.


(copy n paste from thaqafah.coconia.net)

0 comments:

 

Pemberian Saya Untuk Awak... Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template